PUSAT BAHASA PERPADUAN

BATU PAHAT

013-7525658

Peraturan – Peraturan Pusat Bahasa

1. Pelajar perlu membayar yuran dalam masa 10 hari bermula pada 1hb hingga 10hb setiap bulan. Jika yuran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, pelajar tidak dibenarkan meneruskan pembelajaran. Tunggakan tidak dibenarkan.

2. Pusat Bahasa akan bercuti mengikut cuti-cuti am kerajaan, dan cuti persendirian pada setiap Isnin. Cuti tidak akan diganti.

3. Pelajar dikehendaki berpakaian kemas / jangan memakai selipar.

4. Pelajar dilarang membawa makanan dan minuman.

5. Pelajar dilarang membuat bising semasa didalam kelas.

6. Pelajar dilarang membawa masuk telefon bimbit kedalam kelas.

7. Pelajar dilarang melakukan vandalisme (menconteng dinding, meja,dll).

8. Pelajar dilarang memasuki pejabat dan bilik audio / video tanpa arahan.

9. Pelajar dilarang menggunakan mesin fotostat tanpa mendapat arahan.

10. Pelajar dilarang bermain, tidur, berkeliaran dan menimbulkan sebarang gangguan di kaunter pendaftaran.

11. Pelajar dilarang keluar daripada kelas / Pusat Bahasa tanpa memberitahu guru / kakitangan Pusat Bahasa.

12. Pelajar dilarang meniru atau menipu sewaktu ujian dijalankan.

13. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan bilik air dan tandas.

14. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan kelas dan Pusat Bahasa.

15. Pelajar dikehendaki memohon kebenaran (mengisi borang) untuk meminjam buku-buku dari perpustakaan.

16. Buku-buku perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Pusat Bahasa (untuk kegunaan dalaman sahaja)

17. Pelajar dilarang keras untuk tidak merosakkan (menanda, mengaris, menconteng atau mengoyak) buku-buku perpustakaan.

18. Pelajar dianjurkan supaya bersikap rajin, amanah, jujur dan bertanggungjawab sewaktu berada di Pusat Bahasa.

19. Disiplin adalah menjadi keutamaan kita bersama di Pusat Bahasa ini.

20. Semua bentuk pembayaran kepada Pusat Bahasa tidak akan dikembalikan (wang pendaftaran & yuran bulanan, dll).

21. Keselamatan pelajar diluar kawasan Pusat Bahasa menjadi tanggungjawab semua ibubapa.

22. Buku bacaan adalah percuma / Buku kerja hendaklah dibeli sewaktu mendaftar dan mengikut kehendak sukatan pelajaran Pusat Bahasa dari masa kesemasa.

23. Ibubapa hendaklah menalipon awal sehari untuk menempah kelas-untuk mengelakkan kuota murid tidak melebihi 12 pelajar pada setiap sesi.

24. Sebarang komen dan cadangan yang membina, dialu-alukan.

Saya / kami telah membaca, memahami dan berjanji akan mematuhi segala peraturan - perturan tersebut. Sekiranya kami melanggarnya, kami tidak dibenarkan meneruskan pembelajaran di Pusat Bahasa ini, tanpa sebarang notis ataupun amaran. Terima kasih.

Nota : Peraturan-peraturan ini akan dipinda mengikut kesesuaian waktu dan keadaan pada bila-bila masa, tanpa memberi sebarang notis kepada pelajar/ibubapa. (Pindaan Ketiga: 03/11/2007).